hehe

Wednesday, February 22, 2012

wordless wednesday?


1st puasa ganti..sakit kepala macam nak mati...
harap bersabar..sobssss..

result sudah keluar!

alhamdullih...
semuanya ok..sume lulus..syukur..terima kasih lecture2.
terutama prof uzir..hikhikhik
sem depan harus usaha lebih untuk tmbh kan pointer k shafiqa!!
jangan main2 lagi dah sem akn dtg...
lebih serius dan fokus okeh!!!
chaiyok2!!..

Monday, February 13, 2012

8 Kalimah dari Pusaka Para Nabi

assalamualaikum salam satu malaysia...


Ni aku nak kongsi skit dengan korang semua...



Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu.
5. Ingatilah kepada Allah s.w.t.
6. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
7. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
8. Sentiasalah mengingati mati."

semoga ia memberi manfaat kepada kamu semua...sharing is caring :))
nite..da!!!

jgn terlalu memilih...

asalamualaikum...
salam 1 malaysia..hehee..dah lame xupdate blog..hahahaaa...ermm penah x u olls dgr kene pilih baik2 pasangan kite kalo x dapat anak huduh..kahkahkah..erm dan aku salu jugak dgr org cakap "sape xnk laki hensem..nt lawa anak aku.."ok disini ade beberapa situasi..

Situasi 1 :
A : Beb ko rasa aku patot pilih sape eh?Abang C or abang D?
B : Ikot hang lah wei.Hang lagi cinta sapa?
A : Aku suka D sebab perangai dia baik kalau C dia punya perangai kurengg sikit.
B : Dah tuh pilih D ja lah.C dah hang tau dia tak baik.
A : Tapi D tuh muka dia kurengg lah.Aku nak anak jelitalawahensemkacak wei.Kalau ngan C konfem anak aku jelitakacaklawa.
B : errrr.. -..-

Situasi 2 :
X : kenapa u tinggalkan i sayang?
Y : Sebab u hitam,nanti anak kita akan jadi kelabu xpon latte.
X : Oke fineee!Pi lah kahwin dengan lelaki sama warna dengan u.Nanti anak u mesti cun cam hantu cina.
Y : errr.. -..-



hmm korg xpayah la pk sgt mende nih..kalo maknyer putih cam cino bapak hitam legam xde nyer dpt ank kelabu asap or muke sebelah putih sebelah hitam..xpayah lah kite nak kutuk2 manusia 2 dari segi rupe dlm memilih pasangan hidup kita..kalau pon lelaki 2 kacak tampan bergaya tpi perangai macam haremm xguna jugak kan??

so xpayah la korg sebuk nak bf hensem2 nih..yang penting lelaki/perempuan 2 mempunyai sikap dan hati budi yang baik..tp jgn la pulak korg pilih lelaki yang baik, lemah lembut dan bersupan santun..no no no..okay..pilih yang elok akhlak dan akidahnya supaya dapat membimbing kite ke jalan yang diredhai..rupa xpenting la u ollss xbawa kemana pon..


the end..nite people..peace ya!!

Thursday, February 9, 2012

santai dimaghrib hari...



salam satu malaysia...
erm entry kali ini psal cerite gemersik kalbu yang diadaptasikan dari sebuah novel tu..citer ni disiarkan kat tv3 setiap pkl 7..humm dah habes pon critenyer..tp ape yang boleh aku kate criter nih..
best
best
best 
laaa...setiap hari tercongok depan tv tnggu citer nih main..huk3..mula2 tgk mcm xbest je..tp da lame2 tgk layaaannn...heheheee...next week layan crite baru plak..yeay!!


ok sedikit sinopsis:

Gemersik Kalbu mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? 



till then nite you olls!!

omong kosong :p

salam satu malaysia...

untuk suri rumah.dan jugak bibik2 terhormat yang tgh semester break..ini dia mop lantai terbaru...SELIPAR MOP..apakah???
jimat masa dan juga harga berpatutan..
heheheee...suke suki..daaaa..:)))

Tuesday, February 7, 2012

bersama anak jiran...

salam satu malaysia..hari ni anak jiran namenyer F datang kerumah nak buat kerja sekolah dgn adik aku...dalam mase yang same aku jemput la die makan nasi sekali memandangkan die kate die xmakan tghari lagi...kesian la kan budak2..so ajk la makan sekali...hari ni aku masak udang masak lemak cili api..semasa kami sedang menjamu selera..tiba2 budak 2 pon bersuara..

F      : kak ika ke yang masak nih??
AKU: erm yelah..kak ika la masak..xkan hantu kot..(sambil gelak)
F       :sedap laa..pandai la kak ika masak...
AKU:(dalam hati berbunge2)yeke sedap?betul dop awk ni??
F      :yelah..betul sedappp...XRASE PAPE PON...sy suke..(dgn muke x bersalah)
AKU:??????erm kalo sedap pg la tambah lagi nasi tu..
F      :ehehe..xpe la sye malu la...
AKU:erm ye laaaa....

kesimpulannyer budak2 mmg xpandai nk menipu lepas nih kene up kan skill memasak akuh...yeah!!(dgn smgt waja)

itu saje cerpen sy kali ini...daaaa...

nikah awal..;)



till then..nite rakan2 n awk.. :p

release tension jap...

salam..
entry kali ini pasal kisah cerita lawak untuk menghilangkan tension apabila duduk sorang2 kat rumah dan dah xtau nak buat ape..ehehe 
Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Cerita 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Cerita 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..
Cerita 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Cerita 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

sekain itu saje senda tawa kite kali ini...

Monday, February 6, 2012

mengimbau kenangan dulo2...

time bosan2 cenggini jom kite tgk gmbar dolu2...mase mude2..hikhikhik..

bersama adik berdik..abg and kakakku..:))

sukaneka kat uitm penang..exited nak join sbb dapat baju free..hehe

em gambar random saje..xingt mungkin baru abes class agknyer..heh :p

jalan2 cari pasal dgn kakak2 ku tgk budak2 melalak ats pentas..

sambil2 duduk kat berehat apelah salahnyer snap gambar sekeping 2 ye dok! B)

senyuman  gigi colgate :D

apa dalam semak itu!!

kawan baik mse skolah menengah dolu..hehee...

batu feringgi penang!

pantai bersih.

roomate..

kawan yang byk memberi kan nasihat dan menginsafkan akuh!hahahaha :)

kebanyakan gambar2 nih diambil mase aku study diploma kat uitm penang..yeah miss penang!!
kat sane sgt best kalo time makan..ehehe..murah lah compare dgn shah alam..tssskkkk...
itu saje untuk kali ini..daaa..


Info:Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui..






Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.



11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



subhanallah!!!


Sunday, February 5, 2012

azan berkumandang dalam gereja...



?????!!!!
ermmm...serius ker?perlu ke?boleh k camtuh??hmmm...




running man..


heeee...minat gila oh tgk crite korea nih...sgt sengal dorg nih..hari2 tgk..
and..
and..
katenyer dorg nih nak dtg msia..betul ke tidok!!!.tp xtau la kesahihan nyer bile...
kalo betul la...haish tidur xlena la peminat2 variety show nih...
till then korg..nak nonton running man..daaa.



health:kanser servik



Kanser Serviks

Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.



Meningkatkan Risiko Kanser Serviks

Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:


  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
  • Melakukan seks ketika masih muda.
  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
  • Sistem Imun Lemah. Stres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!
Tanda-tanda atau simptom-simptom kanser servik.
Pada awal pembentukan sel-sel kanser tersebut, ia jarang menunjukkan tanda-tanda. Tetapi apabila ia semakin berkembang, simptom-simptomnya termasuklah:
·         Lendir yang terkeluar daripada vagina. Lain daripada biasa.
·         Pendarahan rahim antara ‘period’
·         Pendarahan selepas menopaus.
·         Pendarahan ketika melakukan hubungan kelamin.

Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim)

Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.



  • Pakai perlindungan ketika melakukan seks.
  • Elakkan melakukan seks ketika masih muda.
  • Berhenti merokok.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!
  • Jalani pemeriksaan Pap smear.
  • Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya.


Cegah Kanser Serviks dengan Vaksin.
Terdapat vaksin yang mampu mencegah kanser serviks yang berkaitan dengan jangkitan HPV. Vaksin tersebut adalah Cervarix dan Gardasil yang memerlukan 3 dos dalam masa 6 bulan. Kajian telah menunjukkan vaksinasi adalah efektif dalam mencegah jangkitan kronik yang melibatkan HPV yang menyebabkan 70% daripada kanser serviks. Gardasil juga melindungi 2 jenis HPV yang menyebabkan ketuat di bahagian genital.
Dos pertama: Ketika di sekolah atau di klinik.

Dos kedua : Satu bulan selepas dos pertama.
Dos ketiga: 6 bulan selepas dos pertama.


Siapa yang harus mendapatkan Vaksin HPV?
Vaksin ini hanyalah sebagai langkah pencegahan dan bukannya merawat. Ia akan menjadi paling efektif apabila dilakukan apabila sebelum individu tersebut aktif secara seksual. Di negara kita, vaksinasi ini dilakukan seawal umur 13 tahun.
Kepada kanak-kanak perempuan yang berumur 13 tahun, mereka boleh mendapatkan vaksin ini secara percuma di sekolah-sekolah dan juga klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepada wanita dewasa, anda juga boleh mendapatkan vaksin ini di klinik ataupun hospital dengan bayaran tertentu.


Thursday, February 2, 2012

take note!! pemakanan sihat...


Makanan Untuk Mengurangkan Lemak Perut

Terdapat pelbagai senaman membantu anda mendapat abs yang di idamkan, tetapi untuk membantu anda mendapatkan 2 kali ganda kesan terhadap perut anda, teruskan membaca untuk melihat makanan yang dapat membantu anda.


Oatmeal: Anda mesti terfikir untuk mengurangkan pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau ‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari. Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan, jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.



Blueberries: Kajian menunjukkan blueberries dapat membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan, ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.


Almonds: MUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.



Salmon: Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.

Salad: Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber. Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.

makanan sihat badan sihat!!!

kucing is cat...

aku seorang yang xde la suke gile kat kucing x jugak benci gile kat kucing..bese2 je...tgk dri jauh ok jer...tp kalo dtg dekat k gesel2 kat kaki k mmg aku  jadi menggelaboh kan....tp sebenarnyer kucing ni salah satu haiwan yang disukai Nabi kite...sbb ape ye??

hmmmm... ini sedikit bingkisan dari sumber yang dipercayai...








Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? 

 
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 
 

. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.





Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). . 

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing



Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.